KUALA LUMPUR, 9 April – Kaum Telugu Dibantu…Sejumlah RM3 juta disalur oleh kerajaan sejak 2010 untuk membantu 3,500 pelajar kaum Telugu menjalani latihan pendidikan dari segi bahasa dan moral.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi jaminan untuk meneruskan bantuan kepada kaum telugu di negara ini.

Sehubungan itu, kaum telugu dan masyarakat India secara keseluruhannya diminta agar memberikan nambikai atau kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional untuk membolehkan mereka mencapai ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Ugadi di Dataran Merdeka sebentar tadi. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY