SEPANGGAR, MAC 3 – KERAJAAN… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan akan terus melipat gandakan usaha dan komitmen untuk memastikan bidang pendidikan di Sabah terus maju.

Beliau memberitahu usaha memajukan bidang pendidikan sangat penting bagi memastikan rakyat Sabah berpeluang untuk mempertingkatkan potensi diri ke tahap maksimum.

“Apa yang dilakukan kerajaan pada masa ini adalah untuk terus meningkatkan kemajuan bidang pendidikan dan proses pembelajaran dan pengajaran.”

“Ia sekali gus secara berperingkat menunjukkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) sangat komited untuk membangunkan sekolah-sekolah daif kepada sekolah yang lebih moden bukan saja dari segi bangunan tetapi memasukkan unsur-unsur seperti bilik darjah abad ke-21,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telipok, dekat sini semalam.

Perdana Menteri memberitahu, kos pembinaaan SMK Pekan Telipok menelan kos sebanyak RM31 juta, manakala SK Pekan Telipok melibatkan kos pembinaan sebanyak RM18 juta. – MY WD