KUALA LUMPUR, 23 Mei – RM78 juta Bina Pasar….Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM78 juta bagi pembinaan sebuah pasar baru di Kuala Terengganu.

Ia bagi menggantikan Pasar Besar Kedai Payang yang semakin uzur dan padat dengN jumlah pengunjung yang semakin meningkat.

Projek berkenaan dijangka siap pada 2018.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pasar Besar Kedai Payang pagi tadi.

Beliau diiringi Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman dan disambut hampir sepuluh ribu pengunjung. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY