PERANCIS, 15 Dis – REMPUHAN….. Empat kanak-kanak maut manakala 19 cedera termasuk tujuh cedera parah selepas sebuah kereta api merempuh bas sekolah di lintasan jalan di sini, semalam.

Bas berkenaan dilaporkan membawa seramai 20 pelajar dari sekolah menengah tempatan sebelum dirempuh kereta api di sini, kira-kira 18 kilometer barat bandar Perpignan dekat sempadan Sepanyol, waktu tengah hari.

“Keadaan bas yang dirempuh itu sangat teruk,” kata pendakwa raya awam Perpignan, Jean-Jacques Fagny.

Stesen radio tempatan France Bleu melaporkan kereta api berkenaan melanggar bahagian belakang bas dan gambar disiarkan media Perancis menunjukkan bas terputus dua.

Kira-kira 95 pekerja kecemasan yang disokong empat helikopter dikejarkan ke tempat kejadian.

Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe yang bergegas ke lokasi kejadian berkata proses mengenal pasti mangsa terlalu sukar.

Katanya lagi, mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia antara 13 hingga 17 tahun. – WD MY