TAIPING, 8 Jun – Terbakar…. Pondok tol di plaza tol Changkat Jering
dekat sini rosak 45 peratus akibat disambar api daripada sebuah kereta yang
terbakar awal pagi tadi.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Taiping, Pegawai Kanan Bomba Ainol
Shahariman Haron berkata dalam kejadian pukul 7.57 pagi itu, sebuah kereta jenis
Suzuki Vitara tiba-tiba terbakar semasa berada di plaza tol berkenaan.

“Sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati api sedang
marak membakar hampir 80 peratus daripada kereta tersebut.

“Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal api daripada terus
merebak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY