KUALA LUMPUR, 7 Mei- Keretapi Bertembung….Tiga penumpang cedera ringan apabila tren penumpang KTM dalam perjalanan dari Butterworth ke Kuala Lumpur bertembung dengan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Stesen Komuter Batang Kali jam 1.48 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan.

Seramai 510 penumpang terjejas dalam kejadian itu yang kini sedang dipindahkan ke lokasi selamat.

“Setakat ini pihak kami sedang berusaha membawa keluar lebih 500 penumpang ke lokasi selamat. Hanya tiga daripada 13 gerabak terjejas dalam insiden ini,” katanya.

Sementara itu, KTM menerusi laman sosialnya berkata, disebabkan kemalangan itu jadual perjalanan komuter ke Tanjung Malim akan ditamatkan di Stesen Rawang. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY