LONDON, 19 Jan – Tiba…… Sebuah Kereta api pertama perkhidmatan kargo China-Britain tiba di London hari ini, selepas melalui 12,070 kilometer perjalanan, pencapaian baharu China dalam usaha membina hubungan perdagangan di seluruh Eropah dan Asia.

Kereta api itu tiba di Barking, timur London selepas 18 hari perjalanan dari Yiwu, bandar pasar borong di timur wilayah Zhejiang, China.

Ia melalui Kazakhstan, Russia, Belarus, Poland, Jerman, Belgium dan Perancis sebelum merentas Selat Inggeris ke Britain.

Jika melalui laluan laut penghantaran kargo itu mengambil masa hampir dua kali lebih lama untuk sampai ke Britain.

Kenderaan dengan 68 kontena berukuran 7.3 meter, membawa barangan komoditi kecil termasuk barangan rumah, baju, fabrik, beg dan beg pakaian.

Ia dikendalikan Syarikat Yiwu Timex Industrial Investment.

Perkhidmatan kargo Yiwu-London menjadikan London destinasi ke-15 bandar raya Eropah yang mempunyai rangkaian rel terus dengan China selepas pelancaran ‘One Belt, One Way’ oleh Presiden Xin Jinping pada 2013.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Theresa May dilapor berkata, hubungan dengan China kekal ‘terbaik’ dan beliau merancang menarik pelaburan dari China bernilai berbilion dolar ketika negara itu bersedia untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU). – WD MY