KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kerja – Kerja Migrasi……Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT)
Rapid KL laluan Sri Petaling dan Ampang akan digantung sementara pada Sabtu bagi
memberi laluan kepada kerja-kerja migrasi sepenuhnya sistem semboyan.

Prasarana Malaysia Berhad berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa
semasa tempoh penggantungan, Rapid KL akan menyediakan bas pengantara percuma
bagi memastikan penumpang menikmati keselesaan perjalanan ke destinasi
masing-masing.

“Perkhidmatan bas pengantara percuma Sabtu ini adalah sama seperti
penyediaan bas pengantara semasa tempoh penggantungan pada 7 dan 8 Julai,” kata
kenyataan itu.

Prasarana berkata 70 bas pengantara akan disediakan membabitkan 16 zon
laluan dari stesen LRT Bandar Puteri, Kinrara BK5, Sri Petaling, Sungai Besi,
Bandar Tun Razak, Cempaka, Pandan Indah, Maluri, Chan Sow Lin, Pudu, Hang Tuah,
Sentul Timur, PWTC, Bandaraya, Puchong Prima dan Putra Heights.

Semua bas pengantara akan berlepas ke stesen LRT Masjid Jamek dan berakhir
di hab bas Pasar Seni, dekat stesen LRT Pasar Seni.

Menurut kenyataan itu, melalui penghijrahan sepenuhnya sistem semboyan,
penumpang yang menaiki tren baharu enam gerabak boleh menikmati perjalanan terus
antara stesen Sentul Timur dan Putra Heights yang akan dikenali secara rasmi
sebagai Laluan LRT Petaling pada Sabtu. – WD MY

LEAVE A REPLY