KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan berkata Mindef memberi tumpuan khusus kepada usaha menjayakan pelan Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11) melalui lima pendekatan.

Mesyuarat Khas Kerjasama Pertahanan melibatkan negara anggota ASEAN berhubung keselamatan maritim di Laut China
Selatan akan diadakan dalam usaha membanteras kegiatan pelanunan.

Hishammuddin berkata mesyuarat itu akan melibatkan penyertaan enam negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Singapura,
Thailand, Indonesia, Kemboja dan Vietnam.

“Kita akan membincangkan cadangan mewujudkan kerjasama untuk memantau dan
berkongsi maklumat keselamatan di Laut China Selatan.

“Melalui mesyuarat ini, kita berharap Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dapat
menjadi contoh kepada negara lain dalam menangani konflik keselamatan melalui
pendekatan moderasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian
Pertahanan di Wisma Perwira Angkatan Tentera, di sini, hari ini.

Hishammuddin bagaimanapun tidak menyatakan bila mesyuarat itu bakal
diadakan.

Beliau berkata kejadian rampasan kapal tangki MT Orkim Harmony yang membawa
kira-kira 6,000 tan metrik minyak petrol RON 95 pada Jun lalu, menunjukkan masih
terdapat kelemahan pengawasan keselamatan di perairan rantau ASEAN.-Faizal Dato Badarudin

LEAVE A REPLY