SINGAPURA, 1 September – Kes Zika Semakin Meningkat…….Sebanyak 24 kes terbaharu Zika dikesan di Singapura termasuk seorang wanita hamil.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 115 kes.

Kementerian Kesihatan Singapura dalam satu kenyataan mendedahkan sembilan daripada kes yang dikesan adalah kes berulang.

Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong berkata, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) bakal meluaskan skop kempen penyemburan di tempat pembiakan nyamuk dengan racun serangga.

Beberapa negara sudah memberi amaran kepada wanita hamil atau mereka yang merancang untuk hamil agar mengelak lawatan ke negara itu. – WD MY

LEAVE A REPLY