SHAH ALAM, 2 Feb – Kesas Sdn Bhd (Kesas), pemegang konsesi Lebuh
Raya Shah Alam (LSA) akan menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada semua
kenderaan Kelas 1 pada Isnin depan (8 Feb), sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kesas, Imran Gulcharan Abdullah berkata pengguna
akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 20 sen daripada harga biasa RM2,
kepada RM1.80 bagi setiap transaksi.

Beliau berkata pengurangan kadar tol sempena perayaan itu akan berkuat kuasa
di semua plaza tol lebuh raya berkenaan, bermula 12.01 tengah malam hingga 11.59
malam, pada hari tersebut.

“Sebanyak RM40,000 subsidi tol dibelanjakan bagi pemberian diskaun ini dan
kami menjangkakan kadar aliran trafik pada hari tersebut akan mencecah sehingga
200,000 kenderaan.

“Diskaun ini tanda penghargaan LSA selain tanggungjawab sosial korporat
syarikat kami kepada pengguna yang sentiasa menyokong lebuh raya ini,” katanya
pada majlis pelancaran Op Selamat 8/2016 anjuran Kesas dengan kerjasama Ibu
Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY