PUTRAJAYA, 25 JUN – TERIMA,…..Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan kesatuan wartawan dan jurugambar akhbar di Pulau Pinang antara pihak yang menerima wang berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tanpa mendedahkan mendedahkan identiti penerima wang berkenaan, Lim bagaimanapun menasihatkan mereka supaya mengembalikan wang itu secara sukarela.

“Kalau lihat senarai yang ada dalam MOF (Kementerian Kewangan), si penerima (wang berkaitan 1MDB) adalah lebih 41 orang.

“Saya minta mereka yang terima wang daripada Yayasan 1MDB, 1MDB ataupun kelab kebajikan 1MDB dan sebagainya menimbang mengembalikan wang tersebut.

“Jangan tunggu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hantar senarai dan bekukan akaun anda,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya sebelum ini memaklumkan SPRM telah memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Lim berkata pihaknya mempunyai senarai komprehensif termasuk nama penerima wang berkaitan 1MDB yang tidak didedahkan lagi.

Beliau juga percaya penerima wang berkaitan 1MDB berkenaan tidak terlibat dalam skandal 1MDB dan oleh itu, adalah wajar mereka memulangkannya bagi memudahkan semua pihak.

Sementara itu, Lim dalam ucapannya pada majlis itu berkata LHDN tidak pernah mengambil pendekatan ‘menghukum’ pembayar cukai yang lewat menghantar penyata cukai tetapi mengambil tindakan lebih memudahkan untuk melunaskan cukai masing-masing. – WD MY