BALING, 12 Nov – Kesemua 12 pusat pemindahan banjir di sini
ditutup sepenuhnya 3 petang tadi selepas 158 mangsa pulang ke rumah
masing-masing.

Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling Syamsul Izrin Isahak
cuaca baik dan paras Sungai Ketil yang kembali normal membolehkan
kesemua mangsa pulang ke rumah mereka.

Banjir kedua yang melanda Baling semalam menyebabkan lebih
300 penduduk dari 87 keluarga dipindahkan ke beberapa pusat
pemindahan di sekitar daerah ini.

Antara pusat pemindahan yang disediakan untuk penempatan mangsa
banjir ialah Kompleks Belia dan Sukan Batu 42, Dewan Batu 48, Dewan Umno Batu 60
dan Dewan Risda.

Syamsul Izrin berkata JKM juga telah mengisi semula kit bencana yang
mengandungi keperluan harian di pusat operasinya untuk memudahkan pengurusan
sekiranya berlaku banjir dalam masa terdekat.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY