SRINAGAR, 25 Sept – MILITAN…. Askar India dan lima disyaki militan maut dalam pertempuran di Kashmir, kata tentera hari ini selepas perbincangan peringkat tertinggi dengan Pakistan dibatalkan kerana ketegangan di wilayah yang dipertikaikan itu.

Jurucakap tentera, Kolonel Rajesh Kalia, berkata dua disyaki pemberontak dilaporkan mati semalam, semasa tentera mengesan sebuah kumpulan cuba merentasi sempadan yang dipertikaikan yang memisahkan India dan Pakistan.

Sementara, tiga lagi yang disyaki militan dan seorang tentera India, terbunuh hari ini.

Insiden berlaku di utara Tangdhar, iaitu sempadan yang memisahkan India dan Pakistan di Himalaya dan ia dikawal ketat pihak tentera.

Minggu lepas, India secara tiba-tiba membatalkan satu mesyuarat dengan Pakistan, dalam tempoh 24 jam selepas bersetuju bertemu di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Mesyuarat peringkat tertinggi antara India dan Pakistan jarang berlaku dan mesyuarat antara menteri-menteri luar negara mungkin adalah kali pertama untuk tempoh tiga tahun. – WD MY