Ketepikan Perbezaan Pendapat Dan Politik Demi Perpaduan Ummah

0
55

BAGAN DATOH, 22 Jun – Ketepikan Perbezaan Pendapat….Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam di negara ini mengetepikan perbezaan pendapat dan politik demi kemakmuran negara.

Menurut Tmbalan Perdana Menteri, walaupun umat Islam di negara ini mempunyai latar belakang dan pendirian politik berbeza, matlamat mereka adalah sama iaitu memastikan kesyumulan Islam, perpaduan ummah serta berada dalam negara yang diredai Allah.

“Perpaduan ummah di negara ini didapati bertambah baik, tiada perbezaan mazhab, yang ada hanya perbezaan pendapat tetapi ia ditangani menerusi akhlak serta adab berikhtilaf,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup Tadarus al-Quran Perdana Sempena Ramadan 1437 Hijrah Kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini sebentar tadi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, Malaysia selama ini amat dikenali di peringkat antarabangsa sebagai negara Islam sederhana yang maju.

Justeru, katanya, umat Islam di negara ini harus sentiasa berada di barisan hadapan dalam perpaduan ummah serta menjadi contoh dan ikutan negara Islam lain. – WD MY