SAO PAULO, 6 Okt –¬†KONSPIRASI…….. Pihak Polis Brazil hari ini menahan ketua Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, Carlos Arthur Nuzman atas dakwaan terbabit dalam konspirasi memberi rasuah kepada Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk memilih Rio de Janeiro selaku tuan rumah temasya 2016.

Penyiasat Brazil mendakwa Nuzman membantu menguruskan rasuah bernilai AS$2 juta dollar (RM8.46 juta) untuk menganjurkan temasya itu di Rio de Janeiro.

Leonardo Gryner, bekas pengarah Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, juga ditahan dalam fasa terbaharu dipanggil siasatan Tindakan Tidak Adil, kata polis.

Pada September lalu, polis menyerbu rumah Nuzman, mendakwanya melakukan konspirasi dengan ahli politik untuk membeli hak menganjurkan temasya 2016.

Bagaimanapun, peguam Nuzman, Sergio Mazzillo, menegaskan anak guamnya tidak bersalah. – WD MY