PUTRAJAYA, 25 Julai – Kunjungan Hormat……Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat lapan Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Pertemuan kira-kira hampir sejam itu membabitkan Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia seperti Duta Besar Malaysia ke Filipina, Datuk Raszlan Abdul Rashid, Datuk Mahinder Singh Ram Singh (Switzerland), Mohd Hassan Bal (Croatia), Muzafar Shah Mustafa (Venezuela), Roseli Abdul (Turkmenistan), dan Abdul Razak Abd Wahab (Turki).

Turut melakukan kunjungan hormat, Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geneva, Datuk Amran Mohamed Zin dan Wakil Tetap Malaysia ke Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN, Jakarta, Datuk Shariffah Norhana Syed Mustaffa. – WD MY

LEAVE A REPLY