KUALA LUMPUR, 23 Jun – Tamatkan Perkhidmatan…. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Tan Sri Abu Kassim Mohamed memilih untuk menamatkan khidmat beliau selaku KP SPRM secara notis sebulan behenti berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Perkara berkenaan di maklumkan oleh Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Perletakan jawatan berkenaan mendapat perkenan Yang Di pertuan Agong, kata Ketua Setiausaha Negara.

Abu Kassim memulakan kariernya sebagai seorang Pegawai Penyiasat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia pada tahun 1984.

Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (1) SPRM sebelum dilantik ke jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Januari 2010.

Beliau yang telah berkhidmat di SPRM lebih 30 tahun juga merupakan Naib Presiden International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA).. – WD MY

LEAVE A REPLY