PERMATANG PAUH, 22 Jul – Dalang…… Negara digegarkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila saman sivil untuk merampas aset di Amerika Syarikat (AS) yang didakwanya dibeli menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.

?Bagi Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, beliau melihat isu ini seakan ada agenda jahat yang tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Apa yang menarik pada saya seolah-olah kedua-dua isu ini bersangkut-paut… adakah berkemungkinan wujudnya satu pakatan rahsia antara AS dan Tun Mahathir untuk menjatuhkan perdana menteri sedia ada.

“Ini tidak mustahil kerana memang sudah menjadi sikap pembangkang yang sanggup menghalalkan segala cara demi merampas tampuk pimpinan negara malah bukan suatu rahsia lagi pembangkang meminta campur tangan asing dalam permasalahan politik negara,” katanya yang dipetik portal Umno Online hari ini.?
??
Tun Mahathir telah membuktikan bahawa beliau sanggup menelan muntahnya sendiri apabila duduk sepentas bersama pemimpin pembangkang khususnya PKR dan DAP.?

“Kerana itu bukan sesuatu yang mustahil sekiranya Tun sanggup menggadaikan maruah dan prinsipnya demi mendapat kerjasama dengan AS semata-mata ingin menjatuhkan Datuk Seri Najib.

“Kini yang menjadi persoalannya adalah siapa sebenarnya menjadi dalang di belakang AS yang begitu rakus ingin segera menjatuhkan Datuk Seri Najib sekaligus menukar pentadbiran negara,” kata Zaidi. – WD MY?

LEAVE A REPLY