BAGAN DATOH, 15 Mei – Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh
Aminah Abdul Manaf meninggal dunia di usia 52 tahun akibat komplikasi jantung di Institut
Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 6 petang tadi.

Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh Khairuddin Termizi ketika
dihubungi memberitahu Allahyarham mendapatkan rawatan di IJN sejak
bulan lepas.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Kampung Tanah
Lalang, Sungai Dulang, malam ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Kampung Tanah Lalang esok.

Allahyarham, yang tidak berkahwin, dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO
bahagian itu pada 2013 dan merupakan Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) kawasan Parlimen Bagan Datoh.

Beliau menyertai politik pada awal 1990-an dan pernah menjadi Setiausaha
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh pada 2000. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY