KUALA LUMPUR,FEB 27 – KEUNTUNGAN…Keuntungan selepas cukai (PAT) Petronas Dagangan Bhd. (PDB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 melonjak kepada RM1.59 bilion berbanding RM944.61 juta dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus berkata, perolehan naik 24.1 peratus kepada RM26.73 bilion berbanding RM21.53 bilion terutamanya disebabkan oleh peningkatan purata harga jualan sebanyak 25 peratus susulan kenaikan harga Means of Platts (MOPS).

“Jumlah jualan keseluruhan menurun sedikit iaitu hanya satu peratus sejajar dengan pertumbuhan pasaran lebih rendah yang menjejaskan semua peserta industri.

“Bagi tahun kewangan 2018, PDB akan terus agresif memacu pertumbuhan jumlah, sambil memastikan pengurusan inventori yang lebih cekap, bekalan, pengedaran serta operasi pengoptimum perbelanjaan,” katanya. – MY WD