Kuala Lumpur, 5 Mac 2015 – KFC Malaysia kini menyediakan lebih banyak pilihan untuk pelanggan yang sentiasa
menginginkan cara yang lebih baik untuk menikmati hidangan mereka. Memperkenalkan KFC Zinger Rice Wrap,
sajian lazat dan seimbang yang enak dimakan di mana jua pada bila-bila masa, dengan harga yang sungguh
menjimatkan, RM4.90!

Menurut Ahmad Taufek Omar, Ketua Pegawai Pemasaran Digital & Teknologi Maklumat, KFC Malaysia
“Diinspirasikan oleh pelanggan-pelanggan yang menggemari hidangan sihat, ringkas serta menyelerakan,
KFC telah mengolah makanan ruji kegemaran rakyat Malaysia untuk mencipta hidangan yang lazat dan
sihat sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa sibuk.”

Beliau ditemui media selepas pelancaran produk terbaru KFC Zinger Rice Wrap hari ini.

Tambah Ahmad Taufek, “Produk ini dicipta khas untuk remaja dan golongan belia yang sentiasa mencari sesuatu
yang enak dan mudah dimakan.”

KFC Zinger Rice Wrap baru ini adalah gabungan kepingan Zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inci yang enak berintikan
nasi Colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.

Ahmad Taufek juga menyatakan bahawa produk ini “mengandungi semua zat seimbang yang diperlukan dalam setiap hidangan.
Protein daripada kepingan Zinger lazat kami, nasi Colonel untuk karbohidrat dan sayur-sayuran segar, kesemuanya dibungkus bersama
menjadikan ia pilihan makan yang lazat pada bila-bila masa!”

Dengan harga yang tiada tandingan, KFC Zinger Rice Wrap semestinya satu sajian yang amat menjimatkan. Bagi mereka yang gemarkan
hidangan yang lebih boleh memilih kombo yang mengandungi kentang goreng (saiz biasa) dan minuman Mountain Dew (saiz biasa) pada
harga hanya RM7.80 (harga kombo & ala carte berbeza mengikut lokasi).- Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY