KUALA LUMPUR,JAN 13: TURUN CAMERON…Di sebalik imejnya yang dipalit dengan dakwaan jenayah rasuah di mahkamah Najib Razak tetap mempertimbangkan untuk turun membantu BN berkempen mempertahankan kerusi Cameron Highlands.

Walaupun setakat ini belum ada mana-mana pihak mempelawanya berkempen di kawasan percutian tanah tinggi itu, Najib mendakwa, beliau difahamkan terdapat permohonan yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan yang mahu melihatnya hadir ke situ.

“Saya terbuka kalau ada permintaan daripada orang tempatan yang memerlukan saya bantu berkempen.

“Tapi saya dengar khabar ramai minta saya turun, jadi saya sedang mempertimbangkanlah permohonan mereka,” katanya.

Beliau menjawab soalan pemberita tentang sama ada beliau akan turun membantu kempen di PRK Cameron Highlands selepas proses penamaan calon berakhir pagi semalam.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 150 penyokongnya dalam majlis perkongsian di Residensi Kerinchi KL Gateway di Bangsar South, Kuala Lumpur.-MY WD