PUTRAJAYA, MAC 14: ARTIS……… Penyanyi, Khai Bahar, 24, enggan mendedahkan sama ada dirinya melawat teman seperjuangan, Wany Hasrita, ketika artis wanita itu dimasukkan ke hospital, minggu lalu, bagi mengelakkan salah faham.

Katanya, biarlah persoalan berkenaan menjadi rahsia mereka berdua dan terus berharap hal sebegini jangan dibesarkan kerana dikhuatiri mengundang kepada fitnah.

“Biarlah rahsia… Cuma saya dan dia (Wany) yang tahu. Paling penting, sebagai kawan saya doakan dia segera sembuh sebaik saja dimaklumkan mengenai berita terbabit.

“Bukan apa, kami cuma kawan baik. Saya sebenarnya tak kisah pun dikatakan rapat dengannya. Tetapi dalam soal melawat atau tidak, saya takut ada yang salah faham. Nanti mengundang fitnah pula,” katanya pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta produk C Clean+ di sini, semalam.

Kata Khai, dia juga tidak kisah dipadankan dengan mana-mana rakan artis selagi ia tidak berlebihan, selain berasakan perkara berkenaan sekadar usikan. – MY WD