KUALA LUMPUR, NOVEMBER 24: LETAK JAWATAN…. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menggesa Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan serta bertanggungjawab terhadap isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu berkata, apa yang dilakukan Saifuddin bukan satu kesalahan kecil sebaliknya meninggalkan kesan yang amat besar untuk negara.

Malah, katanya, komitmen berkenaan dilakukan semasa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan pada Sesi Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

“Komitmen itu dibuat semasa Perdana Menteri berucap sewaktu Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sesi yang ke-73 (UNGA), ia bukan melalui ceramah-ceramah kampung,” katanya menerusi hantaran Twitter, semalam.-MY WD