KUALA LUMPUR, 18 Mei – Teliti Mendalam….. Kerajaan perlu menjalankan kajian secara menyeluruh berhubung cadangan mengenakan cukai ke atas perniagaan dalam talian pada tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berharap kerajaan menyemak kembali pelaksanaan itu supaya tidak membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

“Saya melahirkan rasa bimbang terhadap individu yang baru memulakan perniagaan, malah ia dilihat akan menghalang pertumbuhan perniagaan mereka,” katanya pada sidang media majlis pelancaran Program Jom Belajar Koding (JBK) anjuran Biro Profesional Muda (BPM), Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Putra Dunia (PWTC), hari ini.

Sementara itu, Khairy mencadangkan kerajaan mengenakan nilai perolehan bercukai tahunan terhadap syarikat besar jika kerajaan masih berhasrat mengenakan cukai itu.

“Susulan itu, kita perlu memberi pengecualian terhadap individu yang baru memulakan perniagaan mereka, selain tidak membebankan pihak syarikat kecil dan sederhana,” katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY