KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 20: TIDAK TINGGALKAN…Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini menafikan akan meninggalkan parti itu walaupun terdapat desas-desus mengaitkan beliau dengan senarai 18 nama yang dikatakan mahu berbuat demikian.

Malah, beliau sebaliknya mahu UMNO dan Barisan Nasional (BN) kekal menjadi pembangkang berkredibiliti walaupun dua pemimpin parti itu telah bertindak keluar daripada UMNO.

“Kita pun telah mengadakan perbincangan termasuk pendirian BN dan juga sesi pembentangan belanjawan akan datang.

“Ini kerana rakyat mahu lihat parti memainkan peranan pembangkang yang ada kredibiliti. Jadi kita perlu membuktikannya kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri mesyuarat tertutup bersama pemimpin UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini semalam.-MY WD