PUTRAJAYA, 9 Julai – Sah Disiasat…… Polis membuka kertas siasatan mengikut Akta
Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan ke atas Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming
kerana menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya, Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis menerima beberapa
laporan polis terhadap entri Facebook Nga.

“Kita sudah memulakan siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta
Hasutan 1948.

“Kita juga akan menyiasat sama ada entri tersebut Nga yang buat atau tidak,”
katanya kepada media ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya
Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri
Satria di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, Nga memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api
dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.

Khalid juga menyarankan orang ramai agar berhati-hati apabila membuat
kenyataan atau memuat naik status sensitif di laman sosial.

“Tindakan Nga merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam dan ini
merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar
Yang Berhormat di sebuah negara majmuk,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY