KHAS – Apa Salah Tengku Adnan Tegur Pengusaha Restoran Mamak

0
205

APA SALAHNYA UCAPAN KU NAN BILA MENEGUR PENGUSAHA RESTORAN MAMAK YANG KENAKAN CAJ MELAMPAU

Saya terpanggil untuk respon kenyataan rasmi Presiden KIMMA Yb Senator Datuk Sri Syed Ibrahim Kader dan wasap yang menjadi viral kononnya Ku Nan menghina Pengusaha Restoran Mamak yang mengenakan Caj melampau terhadap harga makanan dan minuman setiap kali Kerajaan memansuhkan pemberian Subsidi terhadap barang kawalan.

1.Setelah saya perhalusi video ucapan Ku Nan,saya dapati tidak ada salahnya apabila beliau menegur dengan keras dan melahirkan kekecewaan terhadap Pengusaha Kedai Mamak yang seolah2 tidak seiring dengan usaha Kerajaan untuk membendung kenaikan harga barang.

2.Sebagai contoh, apabila Kerajaan menarik balik Subsidi gula RM0.20 Sekilo adakah munasabah Pengusaha Kedai Mamak menaikkan harga Teh Tarik atau apa juga bentuk minuman sehingga RM0.20 Segelas.

3.Dengan mengambil contoh kenaikan Kos RM0.20 Sekilo Gula tetapi Pengusaha Kedai Mamak menaikkan harga RM0.20 segelas, sudah tentu memberikan keuntungan berpuluh kali ganda kepada Pengusaha Kedai Mamak.

4.Benar semua Peniaga ingin membuat keuntungan tetapi teguran Ku Nan supaya janganlah membuat keuntungan yang melampau.

5.Ku Nan juga memberi tawaran kepada Pengusaha Restoran Mamak supaya berunding dengan pihak Kementerian bagaimana untuk mengurangkan Kos Perniagaan seperti Lesen Perniagaan dan Cukai Pintu sekiranya dirasakan terlalu tinggi.

6.Adakah salah bila seorang Menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat Wilayah Persekutuan memberi teguran tegas kepada semua Peniaga termasuk Pengusaha Restoran Mamak hanya kerana ingin membela rakyatnya dari Peniaga rakus yang mementingkan keuntungan melampau.

7.KIMMA dan PRISMA sepatutnya melihat teguran ini secara positive dan dan mencari kaedah menang-menang untuk bersama-sama Kerajaan dalam usaha untuk membendung kenaikan harga barang supaya rakyat tidak terkesan.

Rizalman Mohktar – Peminat Nasi Kandar