KENYATAAN MEDIA – Pertubuhan Minda Dan Sosial Prihatin

Saya mewakili Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) sebelum ini sudah pun menyerahkan memorandum kepada YB Lim Kit Siang dari DAP untuk bertanyakan di mana sebenarnya tempat lahir beliau dan siapa yang menyambut beliau ketika dilahirkan di Batu Pahat mengikut apa yang tertera di dalam laman web Wikipedia.

Orang ramai tertanya-tanya di manakah tempat lahir sebenar beliau kerana ada juga di laman sama di Wikipedia, ia menjelaskan bahawa beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, tiba di Malaysia pada tahun 1957 dan bukan dilahirkan di sini.

Saya amat kecewa apabila YB Kit Siang enggan memberikan jawapan dan penjelasan kepada memorandum dari PMSP malahan terus berdiam diri kepada pertanyaan kami berkenaan di mana beliau dilahirkan.

PMSP juga kecewa apabila Kit Siang ada mengherdik wartawan ketika pihak media bertanyakan soalan di mana beliau dilahirkan dalam satu sidang media di Parlimen baru-baru ini.

Hari ini, saya ingin bertanya satu lagi soalan kepada YB Kit Siang iaitu di mana lokasi kubur ibu dan bapanya jika dia dilahirkan di Malaysia?

Orang ramai mahu tahu sejarah beliau sebagai Ahli Parlimen yang telah lama berkhidmat dalam Parlimen di negara ini dan termasuk tempat di mana YB Kit Siang dilahirkan.

Saya harap beliau takkan terus berdiam diri kerana pihak PMSP akan terus bertanyakan soalan yang sama berterusan sehingga mendapat jawapan di mana beliau dilahirkan dan di mana lokasi kubur ibu dan bapa YB Lim Kit Siang.

Orang ramai boleh melihat bagaimana perlakuan YB Kit Siang yang sentiasa berdolak-dalih dan terus enggan menjawab pertanyaan dari pihak PMSP dan dari saya berkenaan isu ini.

Sekali lagi saya ingin bertanya YB Kit Siang, di mana kubur ibu dan bapa beliau jika benar dilahirkan di Malaysia.

Kalau boleh, YB Kit Siang jawab sekali persoalan dalam memorandum sebelum ini di mana tempat sebenar beliau dilahirkan serta siapa yang bertanggungjawab dan tahu akan kelahiran beliau supaya diketahui semua rakyat Malaysia.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP