KUALA LUMPUR, 10 Dis – Nafi……. Beberapa muka surat yang tersebar melalui laman media sosial mengenai tekanan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Perdana Menteri meletak jawatan adalah tidak benar.

Isi kandungan surat tersebut mengatakan skandal yang dipalitkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak telah melemahkan kerajaan seterusnya meminta supaya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya mendesak supaya beliau meletak jawatan.

Kebenaran surat tersebut amatlah diragui berkaitan format persuratan rasmi yang digunakan seperti menyebut gelaran Yang Berbahagia yang sepatutnya adalah Yang Berhormat untuk Ahli Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri tidak terlibat sama sekali dengan surat yang diedarkan yang turut melampirkan senarai kabinet bayangan kerajaan baru yang akan dibentuk.

Pada Persidangan Agung Umno yang baru seminggu berlalu telah menjadi saksi bahawa kepercayaan dan kesetiaan Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Perdana  Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak

Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya dengan  berita atau maklumat yang tidak sahih sumbernya. РWD MY