KHAS – Ramesh Harap Mahathir Tidak Mohon Suaka Politik Elak Siasatan Skandal BMF Dan Forex

0
1181

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN MINDA DAN SOSIAL PRIHATIN (PMSP)

Badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mahu Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad supaya kekal berada di dalam negara dan tidak berhajat cuba memohon suaka politik di negara lain untuk tujuan tertentu.

Presidennya Ramesh Rao dalam satu kenyataan berkata, Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri yang dahulunya pernah dianggap sebagai negawaran perlu berdepan dengan siasatan skandal dagangan mata wang asing (Forex) yang akan dikendalikan oleh satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) nanti.

Baru-baru ini, Mahathir menghabiskan masa Hari Raya Aidilfitrinya di London bersama anak-anak dan cucunya. Ada cakap-cakap bahawa Mahathir tidak akan kembali lagi ke Malaysia dan akan terus menetap di London.

Dengar cerita Mahathir sudah pun kembali semula ke Malaysia daripada percutian itu.

Ramesh berkata Mahathir perlu hadir jika dipanggil oleh pihak RCI dan menjawab semua soalan yang ditanyakan panel suruhanjaya dan tidak mengelak dari disiasat.

“Saya amat berharap dan mohon jaminan dari Mahathir, tidak akan mohon perlindungan dari negara lain (asylum) untuk selamatkan diri,” katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata sebelum ini, Mahathir pernah menyatakan kesediaannya membantu siasatan suruhanjaya berkenaan kerana ketika skandal itu berlaku, beliau merupakan Perdana Menteri pada ketika itu.

Ada individu penting dalam Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini mendedahkan negara kerugian kira-kira RM20 bilion dalam skandal Forex itu dan perkara itu tidak pernah disiasat secara terperinci.

Kabinet bersetuju untuk menubuhkan RCI apabila Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan membuat siasatan awal mendapati kerugian yang dialami adalah lebih besar daripada yang pernah dilaporkan sebelum ini dan ia mesti disiasat.

“Dalam hal ini, Mahathir sudah pasti orang yang paling penting kerana beliau jadi PM dari tahun 1981 sehingga tahun 2003 dan banyak keputusan penting pada ketika itu melibatkan diri beliau.

“Tambahan pula sebagai Perdana Menteri, Mahathir sudah pasti ada kawalan ke atas BNM dan agensi lain untuk mengelak daripada kerugian skandal berkenaan diketahui umum,” kata Ramesh.

Ramesh Rao Krishnan Naidu
Presiden PMSP