KUALA LUMPUR, 9 Mac – Projek pembangunan Taman Tugu dan Dataran Muzium yang akan diterajui Khazanah Nasional Bhd (Khazanah Nasional) bakal memberi nafas baharu dan menambah nilai kepada tapak sejarah negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata projek berkenaan mampu memelihara kawasan hijau di Kuala Lumpur, yang akan meningkatkan lagi aspek pelancongan.

“Kesenian, budaya dan warisan amatlah penting bagi kita, yang harus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Saya berasa teruja dengan cadangan projek pembangunan Taman Tugu dan Dataran Muzium yang akan diterajui oleh Khazanah Nasional. Kedua-dua mercu tanda ini adalah warisan sejarah penting untuk Malaysia,” katanya.

Najib berkata, pengumuman dan pameran awam bagi projek itu akan diadakan tidak lama lagi.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa kedua-dua projek itu dianggarkan menelan belanja kira-kira RM1.1 bilion dengan Khazanah Nasional membiayai RM730 juta daripada kosnya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY