PELABUHAN KLANG, 13 APRIL – MELETUP….. Sebuah kilang kimia di Pelabuhan Barat, meletup dan terbakar kira-kira jam 9 malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Selangor), Norizham Mohd Nudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 malam sebelum pasukannya bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, pasukan Bomba dan Penyelamat dari Pelabuhan Klang, Andalas dan Kota Raja berjaya memadam kebakaran kira-kira jam 10 malam tadi.

Katanya, kebakaran itu membabitkan kawasan kilang berkeluasan 1.2 hektar yang terbakar 100 peratus.

“Enam jentera bomba dan dua lori tangki dikerahkan ke lokasi dengan keseluruhan anggota terbabit seramai 55 orang,” katanya. – WD MY