ALMATY,25 JUN – PELURU….. ¬†Kerajaan Kazakhstan mengarahkan pengosongan sebuah kawasan dengan 44,000 penduduk, hari ini, selepas beberapa letupan di sebuah kilang peluru.

Menurut pihak berkuasa negara Asia Tengah itu, insiden terbabit turut mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan puluhan yang lain.

Letupan itu berlaku di sebuah pangkalan tentera berhampiran Arys di selatan wilayah Turkestan yang menempatkan sebuah gudang peluru besar era Kesatuan Soviet.

Punca kebakaran yang menyebabkan letupan itu belum diketahui.

Beberapa insiden sama di kawasan itu pada 2009, 2014 dan 2015 berlaku akibat kecuaian dan kegagalan mematuhi peraturan keselamatan. – WD MY