KUALA LUMPUR, 14 MEI – TERBAKAR….. Sebuah kilang plastik musnah dalam kebakaran di Jalan Perusahaan Kiri, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.34 malam ketika umat Islam sedang berbuka puasa.

Katanya, seramai 63 anggota dengan 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Wangsa Maju dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bertindak pantas dengan memastikan api tidak merebak ke kilang dan bangunan lain selepas tiba di lokasi kebakaran kira-kira jam 7.40 malam.

“Kita berjaya kawal kebakaran itu pada jam 10.32 malam.

“Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya dalam satu kenyataan. – WD MY