KUALA LUMPUR, 23 Feb – Bahan Kimia…… Bahan Kimia jenis S-2-diisopropylamino ethyl methylphosphonothioate atau agen saraf VX ialah bahan kimia yang sangat toksik dan beracun.

Menurut Pusat Kawalan dan Penghalang Penyakit di Amerika Syarikat, kegunaan agen ini hanya dikenal pasti sebagai senjata peperangan sahaja, tidak mempunyai rasa dan bau serta mempunyai warna seperti ambar atau kuning jingga.

Symptom agen ini boleh dilihat seawal beberapa saat atau dalam beberapa minit sehingga kepada 18 jam bergantung kepada cara individu itu terdedah.

Jika individu yang terdedah kepada bahan kimia dalam dos rendah dan sederhana sama ada secara sedutan, penyerapan oleh kulit atau tertelan mungkin mengalami simptom seperti berikut;

Tekanan darah yang tinggi atau rendah secara abnormal, penglihatan menjadi kabur, sakit di dada, batuk, diarea, mengantuk, sakit dalam mata, sakit kepala, kerap mahu kencing, muntah, hidung berair, pernafasan laju, mata berair dan degupan jantung menjadi laju atau perlahan.

Bagaimanapun, jika seseorang terdedah kepada jumlah dos yang lebih tinggi, ia mungkin boleh mengakibatkan sawan, pengsan, lumpuh dan kegagalan untuk bernafas yang boleh menyebabkan kematian.

Di Malaysia, bahan kimia ini disenaraikan sebagai senjata kimia mengikut Jadual 1, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005.

Agen saraf VX yang diletakkan di bawah Jadual 1 turut diklasifikasikan sebagai agen kawalan rusuhan.

Mengikut akta terbabit, bahan kimia ini kecuali bagi tujuan mengekalkan dan memelihara ketenteraman awam, tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu agen kawalan rusuhan sebagai kaedah perang.

Mana-mana individu yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan dihukum dengan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya. – WD MY