KINI IZREEN JADI ISTERI NOMBOR SATU

KINI IZREEN JADI ISTERI NOMBOR SATU

175
0

 

KUALA LUMPUR, MAC 1 -IZREEN..Perkahwinan suami pelakon jelita, Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid dengan isteri pertama, Intan Liana Saleh dikatakan bakal berakhir dengan perceraian.

Muhammad Radzi atau dikenali sebagai Ude, 30, difahamkan akan melakukan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada petang semalam.

Izreen memberitahu, “Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahka. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua”

“Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,”

Ude yang juga merupakan seorang pemuzik bebas itu mula mendirikan rumah tangga bersama Intan, 33, sejak lima tahun lalu dan memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.

Dia kemudian berkahwin dengan pelakon drama rantaian Kerana Terpaksa Aku Relakan pada 8 Ogos, 2017 di sebuah lokasi dirahsiakan. – MY WD