MANILA, 3 April – KIRAAN….. Filipina¬† memulakan kiraan undi secara manual bagi pilihan raya Naib Presidennya selepas anak lelaki dan nama sama dengan bekas diktator, Ferdinand Marcos mencabar keputusan itu.

Ferdinand Marcos Jr, bekas senator yang lebih popular dengan panggilan Bongbong, berang kerana kalah dengan Leni Robredo sebanyak 260,000 undian dalam pilihan raya Mei 2016, dikatakan dilingkari penipuan besar-besaran.

Ramai pengulas politik percaya, Marcos bercita-cita menjadi presiden satu hari nanti dan mahu menggunakan jawatan itu sebagai batu loncatan.

Undian pendapat menunjukkan beliau mendahului sebelum undian. Kiraan semula itu, diarah Mahkamah Agung, bermula apabila Marcos mempersoalkan keadaan sesetengah peti undi dari bandar Bato, wilayah asal Robredo di Camarines Sur.

“Di empat presint di bandar Bato, semua undi basah dan tidak boleh digunakan,” katanya kepada media.

Menyentuh mengenai tindakan jenayah, beliau menambah kertas undi kelihatan ‘basah baru-baru ini.’

Katanya, log audit untuk kebanyakan presint hilang dan beliau melihat kotak undian berlubang dimeterai dengan pita pelekat.

“Kita tidak perlu takut kerana kebenaran adalah apa yang kita perjuangkan,” kata Robredo, anggota Kongres wanita sepenggal sebelum pilihan raya 2016 dalam satu ucapan.

Robredo, yang berasal daripada kumpulan politik berdekad lamanya dan menentang Presiden Rodrigo Duterte serta membantu menyingkirkan Marcos pada 1986 membuat bantahan balas, mempersoalkan keputusan terhadap kira-kira 8,000 undi presint.

Walaupun bukan sekutu, Marcos mempunyai hubungan baik dengan Duterte. -WD MY