KUALA LUMPUR, 15 Nov – Kemungkinan Menggunakannya……..Pihak Polis tidak menolak kemungkinan akan menggunakan gas pemedih mata dan semburan air sekiranya peserta perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Merah tidak patuh kepada undang – undang Sabtu ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis sudah bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan jika perhimpunan Bersih 5.0 tetap diadakan pada 19 November ini.

Katanya, penganjur perhimpunan itu sehingga kini masih belum memenuhi syarat untuk mengadakan perhimpunan awam namun membuat tafsiran sendiri mengenai undang – undang.

“Bila orang tidak beri notis susah untuk kita (PDRM) buat persiapan termasuk penutupan jalan. Namun, kami semestinya sudah siap sedia

“Jadi, jangan marah kita jika ambil langkah – langkah terhadap mereka yang tidak mematuhi undang – undang, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Kerjasama Latihan Polis Aseanapol ke 7 di Maktab Polis PDRM, sebentar tadi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan gas pemedih mata dan semburan air mengikut keadaan dan ia akan dijalankan mengikut peruntukan undang – undang. -WD MY