PULAU PINANG 9 Feb. – TIDAK TAHU….. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu belum mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dalam isu membabitkan sijil akademik Datuk Marzuki Yahaya yang didakwa palsu.

Dalam kenyataan ringkas kepada media ketika diajukan soalan melibatkan Setiausaha Agung Bersatu itu.

Dr. Mahathir berkata: “Kita (Bersatu) belum tahu lagi apa sebenarnya yang berlaku (We haven’t found out what really happened).”

Isu berkenaan sijil akademik Marzuki timbul selepas Timbalan Menteri Luar itu pada awalnya dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, England.

Bagaimanapun selepas laporan polis dibuat terhadapnya oleh aktivis politik di negeri iTu yang mempertikai kesahihan sijik akademik itu, Marzuki kemudiannya menjelaskan ijazah beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, kredibiliti Universiti Antarabangsa Cambridge, AS itu dipertikai kerana didakwa merupakan ‘kilang’ mengeluarkan sijil pendidikan yang tidak sah termasuk boleh dibeli. – WD MY