PERMATANG PAUH,MAC 18: KITA…Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang membantu rakyat Pulau Pinang tanpa mengira masa.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata BN dan UMNO meneruskan khidmat kepada rakyat bukan hanya pada musim pilihan raya sahaja.

“UMNO dan BN, kita tidak pandai politik tetapi kita pandai khidmat. Kita cuma tahu bantu rakyat. Harap dengan sentuhan yang kita berikan selama ini, rakyat akan berasa lebih dekat dan memberi kepercayaan untuk kita mentadbir (Pulau Pinang),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M) di Apartmen Permata di sini.

Pada majlis itu, kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan RM1.17 juta bagi menaik taraf, penyelenggaraan dan baik pulih pangsapuri kos rendah berkenaan.-MY WD