TANJUNG MALIM, 7 Mei – Tubuh Kelab….Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap Persatuan Pacuan Empat Roda ASEAN akan ditubuhkan yang diterajui Malaysia.

Beliau berkata, ini dapat mengukuhkan hubungan persahabatan belia serantau, sekali gus memudahkan pergerakan penggemar sukan lasak pacuan empat roda (4WD) di rantau ini.

Katanya, beliau sudah meminta Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia, Azizul Rahman Abdul Wahab untuk berbincang dengan rakan dari negara ASEAN untuk penubuhan persatuan berkenaan.

“Penggemar pengembaraan 4WD ramai di rantau ini dan bagi memudahkan pergerakan mereka dari satu negara ke negara lain, adalah wajar persatuan di peringkat ASEAN ditubuhkan untuk menyatukan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan Jambori Sukan, Rekreasi dan Kegiatan Lasak sempena Hari dan Minggu Belia Negara 2016, di Ulu Slim, dekat sini, hari ini. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY