Sign in
  • Home
  • Terkini
  • Politik
  • Dunia
  • Bisnes
  • Hiburan
  • Sukan
Sign in
Welcome!Log into your account
Forgot your password?
Password recovery
Recover your password
Search
Sign in
Welcome! Log into your account
Forgot your password? Get help
Password recovery
Recover your password
A password will be e-mailed to you.
Warta Daily Warta Daily
Warta Daily Warta Daily
  • Home
  • Terkini
  • Politik
  • Dunia
  • Bisnes
  • Hiburan
  • Sukan
Home Politik KJ harap PH tak abai pembangunan di Cameron jika kalah
  • Politik
  • Terkini

KJ harap PH tak abai pembangunan di Cameron jika kalah

By
Mira WartaDaily
-
January 20, 2019
517
0
Share on Facebook
Tweet on Twitter

KUALA LUMPUR, JAN 20: BANTU…Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berharap Pakatan Harapan (PH) selaku kerajaan persekutuan tidak akan mengabaikan pembangunan di Cameron Highlands jika kalah dalam PRK itu.

Beliau berkata ia selaras dengan slogan ‘Malaysia baru’ yang dibawa gabungan itu.

“Saya difahamkan kerajaan baru tidak akan menghukum mana-mana kawasan yang tidak beri sokongan kepada mereka.

“Jika pengundi di Cameron Highlands terus memilih BN, maka PH perlu tunjuk ini ‘Malaysia baru’ dan pembangunan akan terus disalurkan mengikut keperluan masyarakat di sini,” katanya ketika berkunjung di Kampung Sungai Ruil.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kemenangan PH di PRK itu penting bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan di Cameron Highlands.

Pada 17 Januari lalu, beliau juga menyatakan pesanan yang hampir senada – meminta pengundi memilih PH kerana kerajaan negeri bawah BN sukar untuk membantu penduduk Cameron Highlands ekoran menanggung hutang RM3.1 bilion dengan kerajaan persekutuan.

Khairy bagaimanapun menyuarakan keyakinannya bahawa pembangunan di kawasan parlimen itu tidak akan terhenti jika kemenangan berpihak kepada BN kerana gabungan itu turut mentadbir negeri.

“…Kerajaan negeri masih BN. Jadi tidak timbul soal pembangunan tidak dapat diusahakan sebab soal tanah dan pembangunan peringkat daerah dapat disempurnakan oleh kerajaan negeri (kerana di bawah bidang kuasanya),” katanya lagi.-MY WD

  • TAGS
  • Khairy Jamaluddin
SHARE
Facebook
Twitter
  • tweet
Previous article‘DAP anti-Islam’ – Pendirian kami tak berubah, kata pemuda PAS
Next article“Saya tak ada cybertrooper rasmi, terima kasih kepada rakyat yang jadi “Pejuang Siber Tidak Berbayar” kepada saya” kata Najib
Mira WartaDaily

RELATED ARTICLESMORE FROM AUTHOR

Politik

SEMUA PARTI DALAM PN PERLU KERJA KERAS SEOLAH ESOK AKAN PRU-15 KATA PM

Politik

ANTHONY LOKE BAKAL PENGANTI GUAN ENG DALAM DAP

Terkini

NAJIB TIDAK NYATAKAN PENYESALAN SELEPAS DIDAPATI BERSALAH KATA HAKIM NAZLAN

Jenayah

GUAN ENG TERIMA NOTIS UNTUK DUA PERTUDUHAN BARU

Politik

UMNO PPBM TIADA MASALAH BAB PEMBAHAGIAN KERUSI KATA TIMBALAN PRESIDEN

  • Home
  • Terkini
  • Politik
  • Dunia
  • Bisnes
  • Hiburan
  • Sukan
© Wartadaily.com.my
MORE STORIES

Kejayaan Program Deradikalisasi Perkara Yang Dikongsi Malaysia Dengan UK Kata Ahmad...

November 10, 2015

PRK Tg Datu Antara BN, Star Dan PBDSB

February 4, 2017