KUALA LUMPUR, 25 Mei – Bantu Gelandangan…..Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyampaikan cek bernilai RM10,000 kepada Persatuan 313 Realisasi Ekonomi Malaysia bagi membantu golongan gelandangan sempena bulan Ramadan yang akan datang.

Beliau turut memberikan 6 gerai di Bangunan MARA secara percuma kepada golongan gelandangan untuk berniaga pada bulan itu.

Ismail Sabri yang juga penaung kepada persatuan itu akan membantu meningkatkan ekonomi golongan berkenaan dengan memberikan kursus latihan kemahiran agar mereka boleh bekerja dan tidak lagi menjadi gelandangan. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY