KKM Siasat Dakwaan Syarikat Insurans Swasta Kenakan Caj Perkhidmatan

0
298

PUTRAJAYA, 11 Ogos – Siasat….. Pihak Kementerian Kesihatan akan menjalankan siasatan terhadap syarikat insurans swasta yang mengenakan caj perkhidmatan atau pun caj pemerosesan terhadap pesakit ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Beliau memaklumkan, sistem yang sepatutnya diamalkan pihak insurans kesihatan adalah menawarkan insurans kepada pihak individu ataupun syarikat, untuk membayar apa juga bayaran yang dikenakan terhadap pesakit melalui kontrak yang diperkenalkan.

“Sebaliknya selain menerima bayaran premium, syarikat insurans turut mengenakan pelbagai bayaran lain dan perkara ini menyalahi dasar Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Kegiatan seumpamanya dilaporkan sudah lama berleluasa dan syarikat insurans berkenaan turut menandatangani kontrak dengan pihak hospital yang bersetuju membayar sejumlah caj terbabit kepada mereka.

Bagaimanapun, Dr Subramaniam menegaskan pihak insurans tidak boleh berkongsi apa-apa bayaran yang sepatutnya dibayar kepada hospital dari kos rawatan kerana perkara itu dianggap melanggar etika kementerian.

Beliau berkata, perkara itu baru dimaklumkan kepada pihaknya, namun difahamkan kegiatan itu sudah lama berleluasa dan semakin teruk sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, pihaknya mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyiasat perkara itu termasuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak berkenaan.

“Mereka sepatutnya menjalankan perkhidmatan secara profesional dan ini adalah perbuatan tidak sihat yang boleh memburukkan industri insurans swasta,” katanya. – WD MY

Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata perkara itu dimaklumkan kepada pihaknya dalam perbincangan yang diadakan bersama wakil pihak hospital swasta baru-baru ini.