KUALA LUMPUR, 14 Mac – Naik Air…… Sebanyak Sembilan jalan utama di sekitar ibu kota terjejas akibat dilanda banjir kilat kira-kira 5.40 petang tadi kata Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ab Salim Mansor.

Salim berkata lokasi terjejas merangkumi Jalan Bangsar, Jalan Kemuja, Jalan Maarof, Jalan Sultan Ismail persimpangan Jalan Ampang, Jalan Pantai Baru, Jalan Pudu, Jalan Raja Chulan berhampiran Ambank dan Muzium Telekom, Jalan Maharajalela serta Jalan Permaisuri.

Beliau berkata, pihaknya menempatkan 50 anggota trafik dan 10 skuad penyelamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Hujan lebat yang bermula lewat petang tadi menyebabkan beberapa jalan ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

“Namun kebanyakan jalan berkenaan mulai surut kecuali Jalan Permaisuri masih air bertakung,” katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi, hari ini. – WD MY