KLANG, NOVEMBER 6: DINAIKI AIR…Penduduk di Taman Daya Meru sekali lagi terpaksa berhadapan dengan banjir yang didakwa berpunca daripada limpahan air dari parit berhampiran.

Norhamdan Hasani, 40, mendakwa, banjir kali ini lebih teruk berbanding pertengahan bulan lalu.

“Pada pandangan saya, kawasan taman ini mengalami banjir lebih teruk kali ini. Selepas parit dibuat di tepi tanah lapang, keadaan menjadi semakin buruk.

“Jumaat lalu, kami baharu menghadapi banjir dan hari ini kena lagi, tidak tahu nak buat aduan pada siapa lagi.

“Malam ini juga kami (persatuan penduduk) adalah mesyuarat kecemasan untuk bincang cara-cara atasi banjir dan bagaimana hendak bantu penduduk yang terkesan.

“Kami juga sedang berusaha memaklumkan perkara ini kepada pihak berwajib,” katanya.

Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) pula melaporkan banjir kilat di Jalan Hamzah, Kampung Budiman turut dinaiki air sejak jam 5 petang tadi dengan anggaran ketinggian 0.3 meter.

“Banjir dikatakan berpunca daripada hujan lebat di kawasan setempat apabila air Stesen Tasik Subang Meru pada 20.5 mm.

“Kapasiti Sungai Bakul dan Kolam Takungan Banjir Kampung Budiman tidak mampu menampung air larian,” katanya.

Sementara itu di Kampung Asahan, Mukim Pasangan, Daerah Kuala Selangor, air mulai naik pada jam 7 malam sehingga kini pada ketinggian kira-kira 300 mm.

“Status aras semasa air di Sungai Selangor adalah 2.27 meter melebihi paras normal.

“Bagaimanapun, tiada perpindahan dilaporkan setakat ini.-MY WD