KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Dikenali…… Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) hari ini dengan rasminya dikenali TPC Kuala Lumpur.

TPC Kuala Lumpur kini memperoleh hak pelesenan sebagai kemudahan golf pertama di Asia Tenggara menyertai Rangkaian Kelab Pemain Perlawanan (TPC) Jelajah PGA.

Pelancaran TPC Kuala Lumpur disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah di sini, hari ini.

Pengerusi TPC Kuala Lumpur dan Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Ir Jauhari Hamidi, berkata penjenamaan KLGCC sebagai TPC Kuala Lumpur juga sejajar dengan penjenamaan semula KLGCC Resort kepada ALYA Kuala Lumpur yang dilaksanakan baru-baru ini.

Penjenamaan itu juga akan mengangkat kelab golf bersejarah di Malaysia itu ke peringkat yang lebih tinggi, katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY