KUCHING, 3 Julai – Jumpa PM……. Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, esok.

Pertemuan itu diadakan bagi membincangkan beberapa isu utama antaranya penurunan kuasa Persekutuan kepada kerajaan negeri, Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC ) Laporan dan Cadangan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Ambrose Cheng Loi Hee, dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada pertemuan itu Adenan akan mengemukakan dua memorandum kepada Najib mengenai pendirian kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu, Adenan, menyentuh dengan panjang lebar perkara itu yang akan terus dituntut kerajaan negeri demi kepentingan rakyat Sarawak. – WD MY

LEAVE A REPLY